Bismillahirrahmanirrahim..
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Menurutnya tubuh kita mengandung dua cas elektrik yaitu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktivitas harian kita diataranya bekerja, beriadah atau berolahraga,erkreasi dan lain-lain tentu banyak energi yang digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak terjadi pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktivitas seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan atau dipulihkan untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan shalat berjemaah, timbul pertanyaan, professor ini berfikir mengapa Islam mensyariatkan shalat berjemah dan mengapa shalat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama??
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeda dalam shalat dapat menyeimbangkan cas-cas dalam tubuh kita. Ketika kita shalat berjemaah, kita diperintahkan untuk meluruskan shaf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Hal-hal yang dianjurkan saat kita melaksanakan shalat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang terjadi antara tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini terjadi, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sehat setelah beristirahat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandung cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, shalat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja berat dan memeras otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak dari tubuh kita. Oleh sebab itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jamaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, shalat DZuhur didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di saat petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika melanjutkan kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti pada shalat DZuhur, 4 rakaat shalat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktivitas-aktivitas yang banyak menggunakan tenaga. Waktu yang dibutuhkan tidak begitu lama. Maka, shalat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang shalat Isya yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktivitas dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam shalat Isya. Telah kita ketahui, umat Islam sangat dianjurkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isya sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan perintah Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. WALLAHU A’LAM..
Sekian untuk renungan kita bersama
-
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Silahkan tulis komentar anda.